CP204 - TAXATION MALAYSIA UNTUK SYARIKAT SDN BHD

 Assalamualaikum.

Hari ni kak fj nak share pasal topik CP204. Sejak saya ambik alih position sebagai Akauntan Executive, saya kenal apa yang dimaksudkan dengan CP204. 

CP204 adalah anggaran bayaran cukai tahunan yang perlu disubmit dan dibayar setiap bulan bagi mengurangkan bebanan syarikat daripada membayar cukai secara lump sump setelah Form C telah disubmit oleh tax agent syarikat.  


CP204 perlu diapply 2 bulan sebelum tahun akhir penyata kewangan syarikat. Contoh, jikalau penyata kewangan syarikat berakhir pada bulan december 2021, CP204 perlu diapply pada bulan October 2020 untuk cukai pada 2021.

Dan apabila hendak membayar cukai untuk penyata kewangan 2021, jumlah yang hanya perlu dibayar akan dikira setelah CP204 telah deduct dari jumlah overall cukai yang dikenakan. 


Syarikat ABC telah dikenakan cukai sebanyak RM10,000 untuk pembayaran cukai pada tahun 2021 tetapi hanya perlu membayar sebanyak RM2000 sahaja disebabkan anggaran cukai yang telah dibayar bulan bulan yang keseluruhannya berjumlah RM8,000.

Tetapi perlu diingatkan, jikalau anggaran cukai lari dari jumlah sebenar cukai di mana perbezaan itu sebanyak 30%  lebih atau kurang dari jumlah sebenar, maka syarikat akan dikenakan penalti. 

Oleh itu bagi mengelakkan anggaran cukai lari dari jumlah sebenar, pihak syarikat especially top level management dan akauntan perlu monitor setiap bulan berapa jumlah keuntungan dan jugak asset syarikat dari semasa ke semasa. 

Jikalau ada lari dari anggaran cukai yang telah disubmit, boleh mintak tax agent untuk submit request yang baru sebelum penutupan pindaan anggaran cukai yang baru. Permohonan yang baru hanya boleh disubmit sebanyak 3 kali sahaja dalam setahun.

Saya cadangkan setiap 3 bulan perlu lihat performance management akaun syarikat untuk menilai sama ada perlu buat atau tidak pindaan anggaran cukai tersebut.


Ouh yaa, pasal pembayaran cp204 ni saya akan cerita di next entry in shaa Allah. 

Assalamualaikum. 



Comments

Popular Posts