Pengalaman sebagai Assistant Auditor Part 1

Assalamualaikum w.b.t.

Di hari ini, kak fj nak ceritakan kisah dulu dulu, pengalaman kak fj sebagai assistant auditor di audit firm. 

Sebelum kak fj bekerja sebagai assistant auditor, kak fj bekerja sebagai assistant accountant di tempat yang sama jugak selama setahun.

Jikalau nak menimba ilmu pengetahuan yang lebih awesome lagi dan nampak terang terangan macam mana nak buat sesuatu akaun syarikat itu secara lebih teratur, memang patut kerja sebagai assistant auditor.

Tetapi hati kena kental. Jiwa pun kena kental. Sebab?

Sebabnya ilmu yang dipelajari dalam bidang kerja sebagai assistant auditor tak sama dan lebih meluas berbanding yang dipelajari dalam bidang kerja sebagai assistant accountant. Boleh kata, banyak benda kena buat dan ilmu itu kena sentiasa up to date. Sentiasa kena follow up rule dan format yang ditetapkan oleh badan badan berkuasa. Selalunya kalau sebagai assistant auditor nie, kena sentiasa berhubung dan sentiasa ketahui ilmu semasa ke semasa dengan ketua auditor. 


Jangan fikir assistant auditor itu hanyalah pembantu yang hanya tolong buat sikit sikit sahaja kerja auditor. Kerja sebagai pembantu auditor sebenarnya meluas. Boleh kata buat full set. Cumanya tak sign sahaja. Sign itu hanyalah auditor yang ada lesen sahaja. Itu kalau audit firm yang kecil sahaja. 

Sebelum itu, tahu ka auditor itu apa? 

Kalau tak tahu, meh nak bagi tahu. Auditor itu adalah orang yang check akaun syarikat yang dibuat oleh accountant atau assistant accountant, untuk ketahui adakah laporan kewangan syarikat yang disediakan itu mengikuti segala yang ditetapkan oleh badan badan perakaunan seperti MIA. Dan dalam masa yang sama tugasnya jugak menyemak segala kertas kerja yang dibuat oleh assistant auditor andai kata assistant auditor yang buat kerja kerja check akaun syarikat yang dibuat oleh akauntan. 

Comments

  1. hai kak, apa juga tugas akak buat sebgai audit assistant? nak apply jdi audit assistant tapi takut la pulak takut tak capai expectation ketua auditor, sbb result masa belajar cukup baik. apa pendapat akak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts