Beauty Tips by Kak FJ

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk menjaga kulit kita sentiasa dalam keadaan cantik, rutin harian seperti di bawah sangatlah perlu dititiberatkan dan perlu diamalkan yaa cantiks cantiks ladies.

1) Asingkan tuala muka dan tuala badan

Ramai yang tidak tahu bahawa tuala muka perlu ada dan perlu digunakan menggantikan tuala badan bila nak lap muka lagi lagi bila sudah mencuci muka.

Ini kerana, tuala badan yang selalu digunakan mempunyai kotoran yang melekat di badan. Dan hal ini boleh jugak menjadi punca kenapa jerawat selalu naik.

So kak fj sarankan, gunakan tuala muka dan pastikan ia bersih.

2) Minum air kosong 8 cawan sehari @ 2 liter sehari. 

Air kosong bukan setakat menghidratkan badan kita, malah air kosong jugak membantu mengekalkan kadar kelembapan pada kulit muka kita

So lepas nie, rajin rajinkan diri minum air kosong yerr 😊

3) Scrub muka tidak boleh terlalu kerap digunakan

Sepanjang kak fj menjadi beauty consultant Mary Kay, ada customer yang dibawah consultation kak fj tidah tahu bahawa penggunaan scrub muka setiap hari boleh menipiskan kulit muka kita.

Scrub muka sememangnya perlu untuk membuang sel sel kulit mati di wajah kita tetapi sebaliknya akan mendatangkan keburukan jika digunakan terlalu kerap. 

Scrub muka sepatutnya digunakan dalam 2 @ 3 kali seminggu sahaja. So mana yang dah tahu selepas membaca ini, jangan buat setiap hari taww. Hehe.


Comments

Popular Posts