CARA PEMBAYARAN ANGGARAN CUKAI TAHUNAN - CP204
Assalamualaikum.
Entry kali ni nak share macam mana nak bayar payment CP204.
Setakat ini ada 2 method untuk pembayaran CP204 bulanan ni:-
1) Online transaction - Ebyr Hasil
2) Cheque
A) Online transaction - Ebyr Hasil
Melalui online transaction, boleh layari website byrhasil. Dalam website tu, boleh pilih sama ada nak bayar pakai fpx atau credit card. Selalunya orang akan pilih fpx sebab direct terus ke bank.
Lepas pilih fpx, pilih jenis pengenalan iaitu no pendaftaran syarikat, no syarikat dan jugak kod keselamatan yang tertera kat situ.
Then setelah masuk, pilih kod pembayaran iaitu 086 iaitu pembayaran ansuran syarikat, no ansuran dan tahun ansuran. Hati hati ketika memilih untuk section ini.
Next, akan ke jenis bank untuk pembayaran. Bagi syarikat yang menggunakan akaun bank personal, boleh pilih consumer banking dan untuk corporate banking, ada setengah bank boleh pilih business banking dan ada setengah bank kena pilih consumer banking.
Berdasarkan pengalaman kerja saya, ada 2 jenis bank yang saya dah handle.
a) Maybank - corporate banking
Tak boleh nak gunakan sistem fpx untuk membuat pembayaran menggunakan id as maker. Individu yang menggunakan id checker perlu log masuk ke sistem byr hasil sahaja yang boleh membuat pembayaran.
b) Affin bank - corporate banking
Boleh menggunakan sistem fpx walaupun menggunakan id as maker. Nanti checker hanya approved payment bila dah log in ke akaun bank.
Sebenarnya case macam ni sama dengan case membuat pembayaran ke kwsp dan perkeso untuk caruman epf, socso dan sip.
2) Pakai cheque.
Cheque kena tulis atas nama "KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI" dan amount yang perlu dibayar.
Then bank in cheque di public bank.
Maklumat yang perlu diisi nanti ketika bank in cheque adalah seperti di bawah:-
1) Nama syarikat
2) No rujukan cukai syarikat (Contoh : C123456789)
3) Kod bayaran iaitu No 086
4) Tahun ansuran : 2020
5) Bilangan ansuran (Contoh : No 8 untuk ansuran yang dibayar sebelum 15hb september jikalau year ended kewangan syarikat adalah bulan december)
Semoga dengan tips yang serba sedikit ini dapat membantu top management dalam menguruskan syarikat ke arah lebih sistematik ataupun fresh graduate yang ingin belajar selok belok dunia kerja sebagai akauntan.
Ini ja yang saya mampu tolong.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment