Tudung raya 2019?

Assalamualaikum w.b.t. 


Sekarang dah masuk awal bulan March 2019 dah. Cepat gila masa kan? 
Rasanya semua mesti dah pakat plan nak buat baju raya apa untuk tema tahun ni kan? 

Kalau yang jenis suka pakai baju yang bukan dijahit siap, mesti sekarang kena dah ada kain dan dah disubmit pada tukang jahit. Nanti bergaduh dengan tukang jahit kalau hantar last minute. 

Kak fj punya style, every year akan ada satu ataupun dua helai baju raya yang perlu hantar untuk dijahit dan satu lagi yang dibeli siap jahit. Sebab nak jadikan backup antara satu sama lain in case jika antara salah satu ni tak sempat nak siap before raya ataupun in case jika yang nak beli siap jahit semua tapi tak berkenan di hati. 

Macam macam pe'el kak fj. Hehehe.


Alright settle bab baju. 

Sekarang pi kepada tajuk utama, tudung raya 2019? 

Hurmmm, bab tudung ni kak fj agak cerewet sikit. Kalau dah selesa dengan satu tudung tu, tudung tu jer kak fj berkenan. Ulang dan ulang dan ulang sampai la ada orang tegur kak fj dah takdak tudung lain ker nak pakai ni? 

Oppps.. kantoi...

Kali ni kak fj berkenan satu tudung ni. Kelabuhan dia pun just nice. Kak fj tak beberapa suka sangat tudung yang terlalu singkat. Dan terlalu labuh bagi kak fj pun jenuh jugak bagi kak fj sebab kak fj ni kalau pakai tudung lelabuh gila, jadi tak reti nak pakai elok elok. 

Dari segi corak memang kak fj sangat cerewet. Kak fj kalau boleh prefer tudung kosong dari tudung yang bercorak. Tapi kan... Bila ada satu tudung bercorak yang kena dengan taste kak fj, kak fj akan beli. 

Kak fj jenis akan suka tudung bercorak yang tak terlalu heavy, dan combinasi warna bercorak tu tak menyakitkan mata kak fj dan tak buat kak fj rasa semak kepala.

Untuk raya tahun 2019 ni, kak fj berkenan pada collection yang terbaru dari Malvita.co. Nama dia, Noelle Shawl Premium Edition. 




Kombinasi warna dia di mata kak fj sangat sesuai, dan tak rasa semak. Bagi kak fj, inilah tudung kegemaran kak fj yang patut grab untuk raya 2019 ni. Koleksi noelle premium ni ada 4 warna tak silap kak fj. Lepas tu didatangkan dengan kotak premium. 

Dengaq kata pulak limited edition. Uish, memang kena grab laa. 

Siapa yang duk area penang dan kedah terutamanya mesti kenal dan pernah dengaq nama malvita ni kan. Ini first time depa keluarkan tudung printed siap dengan kotak exclusive. 
Harga pulak setanding laa dengan kualiti dan corak dia serta packaging dia. 

Paling kak fj berkenan warna maroon maple tu. Maybe sebab kak fj sangat setia dengan warna merah dari dulu kot. hehe

Nak tahu lebih lanjut boleh laa layari website dia. https://www.malvita.co/


Okay lah, dah petang. Nanti kak fj mai jenguk lagi sini nah. Doakan kak fj dapat laptop baru sebab kak fj suka update dekat blog dan share dengan hampa semua apa apa yang kak fj rasa boleh bagi manfaat untuk sesama kita. 

Assalamualaikum. 


Comments

Popular Posts