Jenis perfume pilihan hati kak fj

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sebab masih berpeluang untuk menaip di sini.

Hurmm, petang petang ni nak sembang santai santai jerr.


Nak sembang pasal perfume. Petang petang lagi lagi musim awan mendung ni, duduk di rumah tak buat apa, mungkin tengah pandang tingkap mencari idea baru untuk kerja kerja kak fj. Ahaaa. 

Sesambil mencari idea tu, kak fj kongsikan sebuah cerita pasal perfume dexandra. Dulu kak fj suka pakai perfume. Sekarang dah kurang disebabkan hidung agak sensitif. Hidung kak fj sekarang ni jenis kalau bau perfume yang kuat dia punya bau, mesti tak sampai sesaat akan bersin tak berhenti henti. 

Then bila ada masa kita buat kerja berat rushing sana sini, menyebabkan badan berpeluh. Mula tak selesa sebab risau badan berbau. Kalau disuruhnya pakai deodorant, dari dulu kak fj tak boleh pakai. Sebab jadi gatal. Yang tu lagi sangat sensitif dari zaman bebudak lagi. Ahaa. 

Jadi nak tak nak cari lah perfume. Itupun selepas kak fj try masuk kedai dexandra. Kebetulan masa tu mak kak fj duk ajak teman pergi beli perfume dexandra. Mak kak fj tu pengguna tegar no 1 Malaysia. 😂😂😂 Jenis kalau dah suka sesuatu tu, yang tu jelah dia akan pakai. Well, kategori baby boomers kan. 🤗 

Masuk masuk tu, terus tanya seller. "Ada tak perfume yang bau macam buah buahan?" Sebabnya tau dah kalau perfume jenis lain kuat bau dia. Mesti bersin punya. "Dia cakap takdak. Allah, terus down sikit. 

Then seller tu menyampuk lagi. " Kalau perfume bau lembut ada laa." Terus menerus masa tu muka jadi bercahaya bak bulan purnama." Ditunjuknya dekat kak fj 2 pilihan. Satu deluna satu lagi apa nama entah, lupa. 😅

Dua dua tu kak fj try. Memula macam bau kuat sikit. Then lelama lembut. Ouh lupa. Sekarang ni style perfume punya bau memang macam tu. Jenis sembur sikit jer. Lelama bau dia makin okay. Nampak sangat dah lama tak pakai perfume. 

Okay, then kak fj pun ambik laa "deluna" jadi pilihan hati untuk perfume harian kak fj. Chewah. Ayat macam nak pilih calon menantu pulak. Giteww. 😆

Mak kak fj pulak pilih zahraa. Mak kak fj suka bau kuat sikit. Seller tu pun ada cakap, "orang muda muda ni suka bau lembut, yang tua tua suka bau kuat sikit".

Kita pun "ouh gittew" sebagai tanda paham. 

Jadi itu jelah ceritanya. Btw kalau ada yang tahu brand perfume lain yang baunya lembut macam buah buahan, boleh drop your comment dekat bawah. Mana tahu kak fj boleh try and then kak fj boleh buat another posting dekat sini pasal brand tu pulak kan. 😉

Happy sunday uolls. 😘😘😘




Masa beli perfume ni, kebetulan ada promosi. Di mana beli 2 RM130, dapat free sebotol perfume kereta yang berkotak tu. 

Comments

Popular Posts