Kelas Online Phone Photography


Assalamualaikum.


Sudah lama kak fj tidak menulis yaa. Sibuk laa katakan. 😂

Okaylah, tanpa membuang masa lagi. Kak fj teruskan cerita di sini berkenaan dengan tajuk di atas.

Sudah menjadi satu hobby kak fj dan salah satu minat kak fj dalam menerokai bidang photography. Tapi apakan daya, nak beli camera DSLR, peralatan canggih lain seperti gopro, drone, lens, semua mak nenek tu tak termampu lagi setakat ini.

Sehinggalah suatu hari. Kak fj ditemukan oleh bekas rakan sekerja di audit firm dahulu dengan satu kelas photography yang hanya menggunakan smartphone sahaja. Kelas online photography tersebut diwar warkan hanya di facebook sahaja. Nama kelas tersebut adalah, kelas phop (singkatan kepada phone photography) by lini mohd yang merupakan seorang founder fabric mist.

Setelah dipertemukan, apa lagi. Skodeng laaa fb beliau. Tengok bahagian gambar. Banyak hasil hasil student yang diajarnya diupload di fb beliau. Batch by batch. Dan mengikut task yang diberikan oleh beliau pada anak muridnya. Ada gambar task coffee, product, black and white, dan macam macam jenis lagi laa. Dan hasil yang diupload itu semuanya hebat hebat dan cantik cantik belaka. Dari situ tidak ku duga tidak ku sangka, rupanya.... Tiada camera dslr, or peralatan canggih yang lain pun boleh buat photography cecantik lagunie.

Apa lagi, try la merisik join group telegram mereka. Tetapi masa itu, belum daftar lagi. Hanya join sahaja group itu. Sehinggalah tidak dapat menahan excited lagi, kak fj terus masuk join. Masa itu, bayarannya hanya rm35 sahaja dapat free Fabric Mist sebotol plus free postage lagi taw. Tup tup dah sampai rumah. Bila dah register tu, kena tunggu dalam lebih kurang 2 bulan baru kelas phop bermula. 2 minggu sebelum kelas phop bermula, ada pulak kelas briefing marketing untuk online bisnes. Free jugak kelas briefing tu. Sebab apa kena tunggu lama? Sebab student dia ramai gilaaaa.

Bayangkan satu batch 500 orang sahaja. Sekali dia bukak 1 batch tu, sekejap sahaja dah penuh. Bertapa ramainya yang nak belajar phone photography tersebut. Sekarang nie kalau nak register, hanya rm50 sahaja. Itupun ramai yang nak join. Dan yang lagi menariknya, ada student yang awal awal dulu dah join pun, nak join lagi. Kata mereka, tak puas menuntut ilmu dengan ticer lini.

Hari nie boleh kata dah nak masuk 6 hari, kelas phop  yang kak fj join ini bermula. Boleh kata berbaloi laa. Sebab dia explain pada kita bukan setakat cara nak edit gambar sahaja. Malah beliau jugak menceritakan tentang macam mana nak hias dan pilih prop yang sesuai, etika makan macam mana kalau pilih tema suasana di meja makan untuk photography ini.

Dan kak fj rasa sangatlah bertuah dapat join kelas ini. Walaupun hanya guna smartphone sahaja lagi pulak bukannya iphone, tetapi android sahaja. Tapi itu tidak menunjukkan bahawasanya kita tidak boleh menghasilkan gambar yang cantik. Rasa seronok, angan angan nak ada peluang edit sendiri, hasilkan gambar yang cantik menjadi kenyataan walaupun tidak menggunakan peralatan photography yang canggih canggih itu.

Betul kata orang. Nak belajar itu, seribu satu cara ada. Hanya perlu usaha dan cari jalannya
In shaa Allah, dengan kelas ini, kak fj dapat kembangkan bakat yang dah lama terpendam dari jauh, dan akan menghasilkan 10001 jenis gambar yang mampu buat mata anda terpukau.

Lepas nie, hati hati yaaa. Silap hari bulan, mata anda jadi bling bling bila tengok gambar gambar cantik yang dihasilkan oleh kak fj di sini. Hehe.

Di bawah inilah hasil hasil yang kak fj join kelas phoP. Itupun tak cekap lagi. Banyak lagi leaking. Kena practice shoot dan edit selalu sehingga mata dah boleh cam mana yang cantik, mana yang tak. Senang cerita sehingga muntah pelangi laa 😂




Comments

Post a Comment

Popular Posts