Resepi Pancake Homemade by Kak Fj

Assalamualaikum w.b.t

Hai, kita bertemu lagi untuk sesi resepi masakan. 😊

Dan of course kak fj sangat rasa teruja nak sharing hal nie dengan hampa semua yang minat nak mendalami dan mempelajari ilmu masakan yang kak fj nak sharekan ini.

Kalau tengok dekat tajuk di atas itu kan, dah tahu apa resepi kak fj nak share untuk post ini.
Pancake homemade yang kak fj selalu amalkan ini memang menjadi kegemaran buat mak ayah kak fj. Sehinggakan kalau pergi check in hotel mana mana yang menyediakan breakfast pancake, mereka cakap pancake homemade kak fj lagi sedap.

Nie bukan nak angkat bakul (puji diri sendiri yerr). Hehe. Tapi tak tahulah. Kata mereka, pancake kak fj buat nie bukan tepung semata dan tak terlalu tebal dan cepat muak katanya. Yang pastinya, pancake homemade kak fj ini, mereka selalu makan begitu sahaja tanpa makan dengan madu. Sebab dah cukup rasa manis bagi mereka. 

Tanpa membuang masa, kak fj sharekan yerr resepinya...
Bismillah...

Berikut merupakan bahan bahan yang perlu disediakan untuk membuat pancake.

1) Tepung gandum (1 cawan sederhana besar)
2) Susu kotak full cream / low fat (1 cawan sederhana besar)
3) Gula (3 sudu)
4) Sedikit butter yang telah dicairkan (marjerin pun boleh jugak guna)
5) Esen vanila (1 sudu kecil)
6) Sodium bikarbonate (1 sudu kecil)
7) Tepung penaik (1 sudu kecil)
8) Telur (1 biji)


Cara-caranya:-

Semua bahan bahan yang kak fj sebutkan di atas, perlulah diblend sekali.
Kalau boleh, masukkan dulu susu kotak tu, barulah dituruti dengan tepung gandum dan lain lain sebabnya kalau masukkan dulu tepung gandum, baru kemudian susu. Nanti susu tu tak sampai ke bawah di mana tepung akan melekat dan tak bergaul sepenuhnya. 

Setelah diblend kesemua bahan tersebut. Tuangkan ke dalam mangkuk dan rehatkan selama 5 minit - 10 minit. 

Setelah itu, gunakan kuali leper (pan yang tidak mudah melekat) untuk memasak pancake.
Panaskan sebentar pan tersebut menggunakan api yang kecil dan masukkan acuan yang telah direhatkan tadi menggunakan senduk. (1 kali senduk = 1 keping pancake)

Kemudian, setelah nampak buih buih kelihatan @ nampak banyak lubang lubang muncul, terbalikkan ia. Dan tunggu sehingga 3 minit sebelum angkat pancake tersebut.

Selamat Mencuba hampaaaa... 😊😊😊

Kalau mana yang dah cuba resepi kak fj, silalah kongsi di sini yerr..

Terima kasih sebab sudi membaca post dari kak fj sampai habis. Kak fj doakan semoga urusan hampa yang membaca post ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. 😊

Comments

Popular Posts