Acai Berry Lagi Hebat dari Jenis Berry yang Lain??

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah. Hari ini diberikan kesempatan nak ceritakan kebaikan acai berry.

Acai berry nie rupanya banyak khasiatnya. 
Dan khasiat dia tiada tandingannya. Kak FJ ada laa baca pasal artikel acai berry nie di Google. Ya Allah, acai berry nie rupanya  hanya ada di Hutan Hujan Amazon. Betul ka?

Ada artikel yang mengatakan acai berry nie lagi bagus daripada cransberries, raspeberries dan jenis berry yang lain.
Jika betul, kira memang hebat laa kan.

Macam mana boleh terdetik nak ceritakan pasal acai berry nie. Kak FJ sebenarnya tengah mengkaji ramuan yang digunakan dalam salah satu product Mary Kay iaitu gel mask. Yelah, kita guna product Mary Kay, So kita nak tahu lah apa bahan yang mereka gunakan dalam membuat Gel Mask kan.

Acai berry atau nama saintifiknya (Euterpe Oleraceae) merupakan buah beri yang paling banyak khasiat berbanding jenis beri yang lain. Lebih kaya dengan antioksidan di mana ia merupakan substansi yang terkandung pada bahan bahan nutrisi seperti vitamin C, vitamin E dan selenium yang dapat mencegah kerosakan sel tubuh badan mahupun memperbaiki sel sel tubuh badan yang rosak. 

1) Dapat Bantu Menyihatkan Jantung
Acai berry nie dapat bantu dari segi kolestrol. Pernah kan selalu dengar pasal bila ada orang alami sakit jantung mesti kaitkan dengan kolestrol. Ia dapat membantu kadar 

2) Kulit Lebih Sihat
Yang nie buat kak FJ sangat sukakan dengan acai berry. Bila dapat tahu yang acai berry nie banyak manfaat bila terjumpak nama nie dalam salah satu ramuan Gel Mask Mary Kay terus buat rasa lagi suka dengan Gel Mask Mary Kay. Hehe. 

Bila makan buah acai berry nie, nutrisi yang ada pada buah tersebut akan buat kulit kita jadi bersinar (glow). Banyak jugak produk skincare yang natural menggunakan acai berry nie sebagai salah satu ramuan dalam produk tersebut disebabkan kebaikannya yang mampu menyihatkan kulit.

3) Pencernaan Lebih Lancar
Acai berry nie sangat bagus dalam nak detox badan kita supaya proses pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Sama macam jenis berry yang lain. Kalau nak detox badan, memang orang akan gunakan buah berry tak kira la raspeberry ker, blueberry ka dalam ramuan untuk menghasilkan product pencernaan. 




Comments

Popular Posts